Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Ghaib Malaysia
bersama
Kelab Anak Gayung Ghaib Malaysia

SEJARAH SILAT PUSAKA GAYONG GHAIB MALAYSIA

  Perguruan Gayung Ghaib adalah bermula daripadaTuan Guru Haji Uda  dari Telok Intan, Perak yang bermula pada Tahun 1948. Dan juga daripada Syeikh Osman Lenggong/Parit pada pertengahan Tahun 50-an. Asal pelajaran Gayung Ghaib adalah banyak menggunakan amalan dan jurus kebatinan. Manakala ahli silat hanya terdiri daripada kalangan dewasa sahaja.

   Oleh kerana arus pembangunan moden kini, maka silibus zahir menggunakan fizikal diolah supaya golongan muda bermula dari kanak-kanak dapat mempelajarinya.

   Kemudian perguruan ini diwarisi oleh Mantan Dato Mahaguru Ibrahim Mat Zin, Mantan Mahaguru Musa Bin Mohd Ali dan Mantan Timbalan Mahaguru Wahab Bin Mutalib. Pada Tahun 1996 jumlah keseluruhan ahli di Malaysia dan luar negara adalah seramai lebih kurang 96,000 orang mengikut rekod pendaftaran. Namun pada penghujung Tahun 90-an perguruan ini semakin mengecil kerana mengalami beberapa masalah dalaman dan luar.

   Namun kini di bawah pinpinan yang utama iaitu Datok Mahaguru Shamsudin Bin Ismail dengan pendaftaran baru sedang mengorak langkah mengembangkan aliran perguruan Gayung Ghaib Harimau Malaysia ke seluruh pelusuk dunia.